Sunday, March 29, 2009

PEMERIKSAAN ASRAMA


KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH

PEMERIKSAAN ASRAMA.

1. Pemeriksaan asrama akan dijalankan pada setiap hari Sabtu mulai jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi.
2. Semua warden wajib hadir bertugas memeriksa asrama setiap hari Sabtu.
3. Perkara-perkara yang perlu dilihat semasa pemeriksaan adalah seperti berikut;

Kamar
Susunan katil, almari sesuai sebagaimana yang telah ditetapkan.
Kebersihan lantai, cermin tingkap, jendela dan siling tidak bersawang.
Susunan kasut teratur, cadar bersih dan kemas serta di hujung katil ada selimut. Terdapat bantal yang bersarung bersih.
Susunan pakaian di dalam almari tersusun dengan kemas dan tidak terdapat pakaian yang dilarang seperti seluar jeans, baju T yang tidak sesonoh.
Setiap kamar ada satu tong/ bakul sampah.
Pakaian tidak bergantungan dalam kamar.
Nama pelajar dilekat pada hujung katil dan almari serta satu senarai nama pelajar.

Peralatan Pelajar.
Semua jenis kad dipamirkan (Kad pelajar, kad kebenaran keluar)
Buku Undang-Undang/ Peraturan sekolah.
Berus gigi, ubat gigi, sabun, minyak rambut, sikat (Dipamir di hujung katil).

Pakaian semasa pemeriksaan.
T shirt rasmi, seluar hitam.

Kekemasan Diri.
Lelaki: Berambut pendek, tidak berkuku panjang, pakaian bersih dan kemas, tidak menyimpan misai dan janggut.
Perempuan: Rambut tidak diwarna, berkuku pendek, pakaian bersih dan kemas, tidak memakai peralatan kemas yang tidak dibenarkan.

Hal-hal lain
Pastikan pelajar tidak menyimpan benda-benda yang dilarang seperti gunting, pisau dan alatan lain yang merbahaya.
Pastikan pelajar mempunyai songkok hitam dan sampin sekolah.

No comments:

Post a Comment