Sunday, March 29, 2009

pendahuluan, falsafah, misi, matlamat, nilai teras dan penutup

PENDAHULUAN

Sistem Rumah merupakan pendekatan yang diperkenalkan oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai langkah menghasilkan modal insan yang serba boleh bagi menyahut cabaran era globalisasi. Sistem ini telah lama diamalkan di Sekolah Berasrama Penuh (kumpulan premier), namun pada tahun 2004, sistem ini telah dilaksanakan sepenuhnya di semua Sekolah Berasrama Penuh. Ini merupakan langkah proaktif Sektor Sekolah Berasrama Penuh untuk mencapai misi dan matlamat SBP seterusnya merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru, Buku Panduan Sistem Rumah ini digubal sebagai garis panduan untuk menyeragamkan pelaksanaan Sistem Rumah di semua Sekolah Berasrama Penuh.

FALSAFAH

Pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh adalah suatu usaha berterusan bagi menyediakan suasana persekolahan yang terancang, terkawal dan sempurna untuk memupuk dan memperkembang kebolehan murid-murid yang berpotensi ke arah kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa dan negara.


MISI

Sekolah Berasrama Penuh sebagai wadah terbaik dalam sistem pendidikan negara yang berkemampuan membina insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemampanan sahsiah, kesejagatan kepimpinan dan kejituan patriotisme bagi melahirkan ahli sains, teknokrat dan profesional yang dapat memenuhi aspirasi dan tuntutan agama, bangsa dan negara menjelang abad ke-21.

MATLAMAT

1. Mewujudkan peluang untuk murid-murid yang berpotensi terutamanya dari kawasan luar bandar bagi mendapatkan pendidikan dengan kemudahan yang teratur, sempurna dan terkini dalam iklim persekolahan yang kondusif

2. Memperbanyakkan murid bumiputera mendapat pendidikan berkualiti sebagai persediaan ke arah pendidikan tinggi untuk memenuhi keperluan negara

3. Melahirkan murid-murid yang mempunyai kepemimpinan cemerlang melalui pendedahan hidup bermasyarakat sarwajagat

4. Melahirkan insan dan warganegara yang bertanggungjawab, berilmu, beriman dan beramal sesuai dengan nilai-nilai hidup masyarakat Malaysia

5. Melahirkan murid-murid yang mempunyai kemampuan sahsiah yang mampu menghadapi alam remaja

6. Melahirkan kesedaran kepada seluruh warga SBP supaya dapat menghayati matlamat alam remaja

7. Mewujudkan warga SBP yang mengamalkan budaya penyayang

8. Melahirkan kejituan semangat patriotisme di kalangan murid SBP

9. Menghasilkan murid-murid yang dapat menguruskan kerja-kerja dengan cekap, pantas, tepat dan bijaksana

10. Menjayakan program pendidikan menengah yang berorientasikan sains bagi merealisasikan tuntutan Wawasan 2020

NILAI TERAS

• Berpegang teguh pada agama
• Berilmu
• Berfikir
• Rajin
• Berani
• Ikram
• Sentiasa mengejar kecemerlangan
• Berbakti

PENUTUP

Pengembelingan tenaga semua pihak amat diperlukan untuk memastikan Sistem Rumah berjaya direalisasikan di semua SBP. Dengan sokongan padu semua pihak pastinya Sistem Rumah akan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan menjadi satu saistem yang mantap. Adalah diharapkan Buku Panduan ini dapat menjadi rujukan kepada semua SBP bagi melahirkan warga sekolah yang berpotensi tinggi, memperkaya kemahiran kendiri dalam pelbagai bidang dan seterusnya mewujudkan budaya sekolah yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. .

No comments:

Post a Comment