Sunday, March 29, 2009

PROGRAM SOKONGAN




Program Sokongan

Buku Piawaian Kualiti Asrama (PKA)

Buku Piawaian Kualiti Asrama, Sekolah Berasrama Penuh diterbitkan sebagai satu usaha untuk mewujudkan tahap penandarasan (benchmarking) yang perlu ada di asrama. Kekemasan, keceriaan dan kebersihan asrama merupakan faktor utama dalam menyediakan persekitaran asrama yang selesa dan kondusif. Oleh itu kemudahan asrama dan prasarana adalah amat penting dan perlu sentiasa diberi perhatian yang teliti.

Mentor-Mentee

i. Sistem ‘mentor-mentee’ merupakan pendekatan ‘parenting’ oleh Guru-guru Rumah yang dianggap sebagai ‘mentor’ dengan murid-murid di asrama yang dianggap sebagai ‘mentee’.

ii. Tujuan sistem ‘mentor-mentee’ adalah untuk:
• mewujudkan hubungan yang jeleket dengan mentee untuk mengenali mentee dengan lebih mendalam dari aspek latarbelakang, kedudukan akademik dan disiplin
• membantu mentee dalam apa bentuk yang difikirkan wajar dan sesuai
• mentor menjadi pendengar yang baik kepada masalah mentee dan mencadangkan penyelesaian masalah
• membantu urusan kebajikan mentee untuk mengurangkan tekanan dalam kehidupan di asrama

iii. Sistem mentor-mentee berasaskan rumah yang sama dan boleh dilaksanakan mengikut model berikut:
• Model A – mentee adalah mengikut tingkatan dalam setiap rumah
• Model B – mentee mengikut kamar – campuran dari semua tingkatan dalam satu kamar.
4.4.3 Abang / Kakak Angkat (College Sister (CS) / College Brother (CB)

i. Semasa pendaftaran murid Tingkatan 1, setiap murid baru akan disediakan seorang abang / kakak angkat yang terdiri daripada murid tingkatan 5.

ii. Peranan Abang / Kakak Angkat untuk;

• Membantu murid-murid tingkatan 1 melalui kehidupan di sekolah /
asrama dengan teratur.
• Memberi dorongan dan nasihat (kaunseling) kepada murid tingkatan 1 yang mempunyai masalah.
• Mengajar cara-cara kehidupan sebenar di sekolah /asrama.
• Menjadi contoh ikutan kepada murid tingkatan 1 daripada segi perilaku dan pelajaran.
• Membimbing murid tingkatan 1 dalam mencapai kecemerlangan akademik.
• Memperkenalkan kawasan sekitar sekolah / asrama semasa orientasi.
• Membantu dan membimbing murid hidup berdikari.

Rakan Sebaya (RS)

i. Semasa pendaftaran murid Tingkatan 4, setiap murid baru
akan disediakan seorang rakan sebaya yang juga terdiri daripada murid tingkatan 4.

ii. Peranan Rakan Sebaya (RS) adalah untuk:

• Membimbing rakan-rakan ke arah kecemerlangan akademik.
• Menjadi teladan untuk dicontohi.
• Memupuk semangat juang dalam diri rakan.
• Nasihat-menasihati ke arah kebaikan.
• Menjadi tempat untuk meluahkan masalah yang dihadapi.
• Dapat bertukar-tukar pendapat.
• Mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti berfaedah
• Dapat dijadikan sumber inspirasi.

Guru Kamar/Blok/Aras/Bilik Khas
Guru Rumah dipertanggungjawabkan untuk memantau dan memastikan kamar/ahli kamar seperti yang ditentukan oleh Ketua Guru Rumah sebagai usaha menyemarakkan semangat Rumah kepada semua guru.

No comments:

Post a Comment