Sunday, March 29, 2009

SENARAI TUGAS WARDEN BERTUGAS HARIAN


KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH

SENARAI TUGAS WARDEN BERTUGAS

Senarai Tugas Warden Bertugas Isnin Hingga Jumaat.

Waktu Pagi


Memastikan pelajar bangun pagi jam 5.30 pagi

Memastikan pelajar bersolat subuh berjemaah

Bersarapan pagi bersama pelajar serta menilai mutu masakan dan kebersihan dewan makan.

Membuat rondaan di asrama untuk memastikan tiada pelajar di asrama selepas pukul 7.00 pagi untuk memastikan dorm dalam keadaan yang memuaskan.

Memeriksa bekalan makanan mentah dan pengurusan dewan makan.

Menulis buku Laporan Warden Bertugas dan diletakkan di atas meja Bilik Gerakan Warden


Waktu Petang

Makan tengah hari bersama pelajar/ berada di dewan makan lebih awal dan meninggalkan dewan makan selepas pelajar bersurai.

Memeriksa mutu makanan dan menu serta kebersihan dewan makan menggunakan Borang Kawalan Mutu Makanan.

Memastikan keadaan di asrama bersih dan kemas.

Memastikan pelajar bersolat Zohor berjemaah.

Memastikan pelajar putera memakai pakaian baju melayu lengkap ke masjid untuk bersolat Jumaat. (Jumaat sahaja)

Memastikan pelajar mengosongkan asrama dan pergi ke kelas persediaan petang tepat pada waktunya.

Membuat rondaan ke kelas persediaan petang dan mempastikan disiplin pelajar terkawal.

Memastikan pelajar sembahyang Asar berjemaah.

Memastikan pelajar berpakaian sesuai dan mengosongkan asrama jam 5.30 petang.

Memastikan pelajar mematuhi waktu riadah petang dan tamat semua permainan jam 6.30 petang.

Makan malam bersama pelajar dan memeriksa mutu makanan dan kebersihan dewan makan.

Menghantar pelajar sakit ke hospital (jika ada).


Waktu Malam

Memastikan pelajar mengosongkan asrama dan bersembahyang Maghrib dan Isyak secara berjemaah.

Membaca Yaasin bersama pelajar dan sembahyang Isyak berjemaah. (Malam Jumaat sahaja)

Pelajar puteri yang (uzur) hendaklah berada di bilik bacaan dan bilik rehat semasa sembahyang maghrib.

Memastikan pelajar pergi ke kelas persediaan malam tepat pada masanya mengikut jadual.

Membuat rondaan ke kelas persediaan malam dan mempastikan disiplin pelajar terkawal.

Memastikan pelajar berada di dorm dan mengambil kehadiran pelajar di dorm jam 11.30

Memastikan pelajar menghadiri ”Halaqah Al Mulk”.

Memastikan lampu bilik ditutup tepat jam 12.00 malam dan pastikan tiada lagi pelajar berkeliaran di sekitar asrama kecuali tandas.


Larut Malam

Bermalam di bilik warden di asrama.

Membuat rondaan di asrama dan sekitarnya untuk memastikan tiada pelajar berkeliaran dan keadaan selamat.

Berada di Bilik Gerakan Warden bagi berjaga-jaga kemungkinan ada kes-kes kecemasan.

Memastikan pelajar bangun untuk bersembahyang subuh jam 5.30 pagi.


Senarai Tugas Warden Bertugas Pada Hari Sabtu


Waktu Pagi

Memastikan pelajar sembahyang subuh berjemaah.

Menghadiri kuliah subuh bersama pelajar (jika ada).

Bersarapan pagi bersama pelajar serta menilai mutu masakan dan kebersihan dewan makan.

Membuat pemeriksaan asrama menggunakan Borang Pemeriksaan Rasmi Mingguan dan dibantu oleh semua warden dan ketua pelajar.

Memastikan semua pelajar mengosongkan asrama dan ke kelas persediaan pagi .

Sentiasa berada di kawasan sekolah dan Bilik Gerakan Warden bagi membantu ibubapa menemui anaknya serta perbincangan dengan ibu bapa.


Waktu Petang

Berada di dalam kawasan sekolah dan asrama sepanjang hari.

Makan tengah hari bersama pelajar dan menilai mutu masakan dan kebersihan dewan makan.

Berada di pondok jaga untuk memeriksa pelajar yang hendak ke bandar.

Bersama-sama dengan jaga memeriksa ‘kad outing’ serta pakaian yang dibenarkan sahaja dipakai untuk ‘outing’.

Bekerjasama dengan jaga memeriksa pelajar balik dari ‘outing’ jam 6.00 petang.

6.15 petang memungut kad pelajar yang tidak diambil di pondok jaga dan menyerahkan kepada GPK HEM untuk tindakan disiplin.


Waktu Malam

Memastikan pelajar mengosongkan asrama dan bersembahyang Maghrib dan Isyak secara berjemaah.

Memastikan pelajar puteri berada di kawasan asrama pada pukul 11.10 malam.

Memastikan pelajar berada di dorm dan mengambil kehadiran pelajar di dorm jam 11.30 malam.

Memastikan pelajar menghadiri ”Halaqah Al Mulk”.

Memastikan lampu bilik ditutup tepat jam 12.00 malam dan pastikan tiada lagi pelajar berkeliaran di sekitar asrama kecuali tandas.


Larut Malam

Bermalam di bilik warden di asrama bagi berjaga-jaga kemungkinan ada kes-kes kecemasan.

Membuat rondaan di asrama dan sekitarnya untuk memastikan tiada pelajar berkeliaran dan keadaan selamat.

Memastikan pelajar bangun untuk bersembahyang subuh jam 5.30 pagi.


Senarai Tugas Warden Bertugas Pada Hari Ahad


Waktu Pagi

Memastikan pelajar sembahyang subuh berjemaah.

Menghadiri kuliah subuh bersama pelajar (jika ada).

Bersarapan pagi bersama pelajar serta menilai mutu masakan dan kebersihan dewan makan.

Menyelaras dengan Warden Kebersihan dan Keceriaan mengenai aktiviti gotong royong persekitaran asrama.

Berada di kawasan sekolah dan asrama sepanjang hari.

Sentiasa berada di kawasan sekolah dan Bilik Gerakan Warden bagi membantu ibubapa menemui anaknya serta perbincangan dengan ibu bapa.


Waktu Petang

Makan tengah hari bersama pelajar dan menilai mutu masakan dan kebersihan dewan makan.

Memastikan pelajar sembahyang Zohor dan Asar secara berjemaah.

Makan malam bersama pelajar dan memeriksa mutu makanan dan kebersihan dewan makan.


Waktu Malam

Memastikan pelajar mengosongkan asrama dan bersembahyang Maghrib dan Isyak secara berjemaah.

Pelajar puteri yang (uzur) hendaklah berada di bilik bacaan dan bilik rehat semasa sembahyang maghrib.

Memastikan pelajar pergi ke kelas persediaan malam tepat pada masanya mengikut jadual.

Membuat rondaan ke kelas persediaan malam dan mempastikan disiplin pelajar terkawal.

Memastikan pelajar berada di dorm dan mengambil kehadiran pelajar di dorm jam 11.30 malam
Memastikan pelajar menghadiri ”Halaqah Al Mulk”.

Memastikan lampu bilik ditutup tepat jam 12.00 malam dan pastikan tiada lagi pelajar berkeliaran di sekitar asrama kecuali tandas.


Larut Malam

Bermalam di bilik warden di asrama bagi berjaga-jaga kemungkinan ada kes-kes kecemasan.

Membuat rondaan di asrama dan sekitarnya untuk memastikan tiada pelajar berkeliaran dan keadaan selamat.

Memastikan pelajar bangun untuk bersembahyang subuh jam 5.30 pagi.


No comments:

Post a Comment