Sunday, March 29, 2009

TUGAS HARIAN WARDEN




KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH

TUGAS HARIAN WARDEN:

1. Berada dalam kawasan asrama/ sekolah pada hari bertugas dari jam 6.00 pagi hingga 6.00 pagi berikutnya.
2. Memastikian perjalanan jadual harian asrama serta peraturan asrama dilaksanakan.
3. Memeriksa bahan mentah pada hari bertugas bersama pembantu penyelia makanan.
4. Memberi perhatian pada kebersihan dan disiplin pelajar-pelajar.
5. Memeriksa keadaan kamar supaya berada dalam keadaan bersih dan kemas pada setiap masa.
6. Melawat kelas-kelas prep pada waktu prep sebagaimana yang telah ditetapkan bagi memastikan pelajar hadir dan belajar.
7. Menguruskan rawatan pelajar yang sakit dengan kerjasama penyelia kesihatan.
8. Menentukan semua pelajar meninggalkan asrama pada waktu permainan 5.30 ptg. dan bersurai daripada bermain jam 6.30 petang.
9. Menentukan semua pelajar pergi ke surau untuk solat berjemaah.
10. Makan bersama pelajar di dewan makan untuk menilai mutu makanan serta mengawasi peraturan di dewan makan pada setiap waktu makan.
11. Memastikan lampu kamar dipadam pada jam 12.00 malam dan kamar berada dalam keadaan tenteram.
12. Melawat bilik-bilik bacaan asrama untuk menentukan prep lanjutan selepas 11.30 malam dalam keadaan tenteram.
13. Mengambil tindakan sesuai apabila timbul sesuatu masalah seperti disiplin, kemalangan, keselamatan, kebakaran dan lain-lain.
14. Membuat pemeriksaan kamar pada hari Sabtu mulai jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi.
15. Memeriksa menu mengikut jadual yang telah ditetapkan.
16. Menghantar laporan tuigas warden setiap hari bertugas kepada Tuan Pengetua/ PK HEM.
17. Bermalam di Bilik Gerakan Warden setiap hari giliran bertugas.
18. Menyelia asrama pada jam 7.00 pagi hingga 7.15 pagi untuk memastikan pelajar mengosongkan asrama untuk ke kelas dan melihat pelajar yang ada di Sick Bay.
19. Melaporkan segala masalah disiplin kepada PK HEM atau Pengetua.
20. Menerima dan menjalankan arahan daripada Tuan Pengetua dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment