Sunday, March 29, 2009

TUGAS KETUA WARDEN DAN WARDEN


KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH

TUGAS KETUA WARDEN ASRAMA:

1. Mewakili Pengetua dalam asrama dan dalam Lembaga Warden Asrama. Oleh itu bertanggungjawab mengenai dasar dan tatatertib Warden Asrama.
2. Bertugas sebagai pegawai kerja yang menentukan segala tugas Warden Asrama dilaksanakan dengan memuaskan.
3. Memeriksa buku laporan harian Warden Asrama dan melaporkannya kepada Pengetua.
4. Mengadakan mesyuarat dengan Warden Asrama sekurang-kurangnya sebulan sekali dan merekodkan mesyuarat tersebut untuk dikemukan kepada Pengetua.

TUGAS WARDEN ASRAMA:

1. Menguruskan kemasukan penghuni-penghuni asrama.
2. Menyediakan Jadual Harian Asrama dan menentukan penghuni-penghuni mematuhinya.
3. Bertanggungjawab atas disiplin asrama dan menentukan penghuni-penghuni mematuhi peraturan-peraturan asrama.
4. Bertanggungjawab atas kelakuan penghuni-penghuni.
5. Mengawas keluar masuk penghuni-penghuni pada masa cuti, hujung minggu dan pada masa tertentu seperti bermalam di luar.
6. Bertanggungjawab atas semua soal makanan, termasuk menu asrama, sekiranya tiada Penyelia Asrama.
7. Mengawas kemajuan pelajaran penghuni-penghuni seperti memeriksa kad laporan dan mengelola kelas persediaan dan kelas tambahan jika ada.
8. Merancang dan mengawas kegiatan-kegiatan yang sesuai untuk pertumbuhan rohani, jasmani dan sosial yang sihat di kalangan penghuni-penghuni.
9. Mengambil tindakan yang sesuai untuk mendapatkan rawatan bagi penghuni-penghuni yang sakit.
10. Mengawas kebersihan diri penghuni dan seluruh bangunan dan kawasan asrama.
11. Menjalankan latihan api (fire drill) sekurang-kurangnya 2 kali dalam satu penggal bagi penghuni asrama.
12. Mengawas keselamatan diri dan barang-barang penghuni.
13. Bertanggungjawab atas keselamatan bangunan dan alatan asrama dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membaiki sebarang kerosakan.
14. Mengawas penggunaan air dan elektrik oleh penghuni-penghuni supaya tidak melebihi had yang telah ditentukan.
15. Bertanggungjawab atas pemungutan yuran asrama dan perkara berkaitan kewangan asrama dan menyelenggarakan rekod-rekod berhubung dengannya seperti Buku Kira-Kira, Buku Resit dan buku Stok, jika tiada Penyelia Asrama.
16. Mengawas kerja kakitangan asrama.
17. Mengawas keluar masuk pelawat-pelawat dan menentukan tidak ada pelawat-pelawat yang tidak diingini datang ke asrama.
18. Menyediakan laporan harian asrama untuk dikemukakan kepada Pengetua pada tiap-tiap hujung minggu. Sekiranya berlaku sesuatu kecemasan, Pengetua hendaklah dihubungi dengan serta merta. (Di asrama yang mempunyai Ketua Warden, tugas ini hendaklah dijalankan oleh beliau).

No comments:

Post a Comment