Sunday, March 29, 2009

TUGAS2 KHAS WARDEN

KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH

TUGAS-TUGAS KHAS WARDEN

Ketua Warden

Bertanggungjawab secara menyeluruh mengenai semua perkara berkaitan dengan penghuni-penghuni asrama termasuk disiplin.

Merangka dan mengemaskini peraturan-peraturan asrama dari semasa ke semasa dengan persetujuan Pengetua.

Menentukan penempatan pelajar di dorm sesuai dan selesa.

Menyelaras perkara berkaitan kehidupan penghuni asrama supaya keadaan sempurna.

Menyelaras tugas-tugas warden mengenai perkara-perkara seperti pemeriksaan harian/mingguan, kebersihan dorm, kebajikan dan kesihatan pelajar, disiplin dan mengawas tugas-tugas pengawas di asrama.

Terlibat dalam perancangan dan persediaan takwim sekolah.

Bekerjasama dengan Penyelia Asrama dalam membuat persediaan asrama apabila digunakan oleh rombongan dari luar.

Berbincang dengan Penyelia Asrama dan Warden Kesihatan mengenai pengurusan kesihatan pelajar termasuk tindakan untuk mengatasi masalah penyakit yang merebak.

Membawa kepada pengetahuan penjaga mengenai hal-hal dan masalah kebajikan pelajar.

Menyediakan laporan serta cadangan-cadangan kepada Pengetua mengenai semua hal berkaitan dengan asrama dari semasa ke semasa.

Menyelaras pengangkutan pelajar mengenai urusan pengangkutan pelajar ketika pulang dan balik semasa cuti persekolahan.

Mengurus dan bekerjasama dengan Penyelia Asrama dalam hal-hal mengenai penerimaan makanan, menu makanan dan tuntutan bayaran makanan.

Terlibat dalam perancangan dan persediaan Jadual Bertugas Harian Warden untuk tiap-tiap bulan dalam masa setahun.

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah oleh Pengetua dari semasa ke semasa






Warden Kebajikan dan Keselamatan

Menubuh dan mempengerusikan AJK Kebajikan dan Keselamatan di peringkat asrama. Mengadakan mesyuarat bulanan dan hendaklah meminitkan kepada PK HEM untuk disahkan.

Menyelaras dengan Penyelia Asrama tentang kebersihan Bilik Sakit dan keadaan kesihatan penghuni asrama dari semasa ke semasa. Menerima laporan dari Penyelia Asrama tentang kesihatan penghuni asrama untuk tindakan yang sewajarnya jika perlu.

Mengadakan peraturan-peraturan bagi mengawal Bilik Sakit serta mengawal penggunaannya dan memastikan kebersihan Bilik Sakit senantiasa terpelihara pada setiap masa.

Menyelaras dengan Penyelia Asrama dalam mengambil tindakan yang sesuai terhadap penghuni-penghuni yang sakit seperti mengasingkannya di Bilik Sakit. Mengambil tindakan yang perlu supaya kesihatan dan keselamatan penghuni asrama terjamin.

Memaklumkan dengan segera kepada ketua warden atau pihak sekolah jika terdapat kes-kes kesihatan yang serius seperti penyakit berjangkit atau wabak.

Bekerjasama dengan Penyelia Asrama dalam mengenal pasti masalah kesihatan pelajar seperti bilangan, jenis penyakit dan kekerapan pelajar yang menghidap sesuatu jenis penyakit.

Membuat pengawasan tentang ubat-ubatan yang dipesan oleh Penyelia Asrama supaya tidak bercanggah dan menyalahi undang-undang yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menerima laporan daripada warden bertugas dan guru bertugas jika berlaku kes-kes kecemasan untuk tindakan sewajarnya.

Mengatur jadual lawatan supaya penghuni asrama dapat membuat lawatan ke hospital jika ada rakan mereka dimasukkan ke wad.

Memastikan pelajar yang terlantar di bilik sakit mendapat makanan yang sesuai dan hendaklah dibawa ke bilik sakit.

Merancang dan menyelaras bersama Kaunselor sekolah program peningkatan moral penghuni asrama supaya wujud perasaan kekitaan dan berasa selesa tinggal di asrama.

Memeriksa dan memastikan siaraya asrama dan dewan makan dalam keadaan baik supaya pengumuman dapat didengar oleh semua penghuni asrama.

Mengenalpasti dan menentukan tempat pertemuan di antara ibu bapa atau penjaga dengan anak masing-masing dalam keadaan yang selesa.

Menyelaras dengan Ketua Pelajar mengenai jadual bertugas pengawas untuk membantu ibu bapa bertemu dengan anaknya seperti penggunaan siaraya untuk memanggil pelajar berkenaan.

Bekerjasama dengan Guru Penasihat Pasukan Bomba supaya Latihan Kebakaran (Fire Drill) dapat diadakan di asrama.

Mengatur jadual penghantaran dan penerimaan kain baju dobi di kalangan penghuni-penghuni asrama.

Mengambil tindakan perlu dan wajar berhubung kain baju pelajar yang rosak, koyak atau hilang semasa penghantaran dobi.

Memaklumkan kepada Ketua Warden atau pihak sekolah tentang kualiti khidmat dobi yang diberikan oleh pihak Pendobi

Mengambil tindakan dan melaporkan kepada Ketua Warden atau Pihak Sekolah tentang agen pendobi yang mencuragai seperti kecurian atau pembekal rokok dan sebagainya.

Memastikan bilik dobi di asrama berada dalam keadaan baik, bersih dan boleh digunakan pada setiap masa.

Bekerjasama dengan Pegawai Kerani Kewangan untuk menyemak dan mengesahkan tuntutan dobi oleh pihak kontraktor.


Warden Kebersihan Dan Keceriaan

Menubuh dan mempengerusi AJK Kebersihan dan keceriaan Asrama.

Merancang dan menjalankan program kebersihan dan keceriaan asrama.

Menjalankan mesyuarat jawatankuasa sebulan sekali.

Memastikan dorm, asrama dan persekitaran asrama sentiasa bersih dan ceria.

Menyelaras dan mengarahkan Ketua Blok mewujudkan jadual bertugas di setiap dorm setiap hari.

Menyelaras dan menjalankan pertandingan dorm dan blok terbersih dan tercantik.

Mengenalpasti serta merancang imbuhan yang sewajarnya dapat diberikan kepada dorm atau blok yang berjaya.

Merancang bentuk denda atau hukuman kepada dorm yang terkotor.

Membuat pengumuman serta majlis penyampaian hadiah semasa perhimpunan sekolah.

Menyediakan borang Pemeriksaan Kebersihan Dorm dalam membuat penilaian tersebut.

Merancang dan mengelola program gotong royong di kalangan penghuni asrama supaya keceriaan asrama dapat serta menanam sifat sayangkan sekolah dan asrama.

Menyelaras dan bekerjasama dengan Penyelia Asrama dalam pengawasan Pekerja Asrama dan Pekerja Am dalam menjaga kebersihan asrama, surau, bilik air, tandas dan keseluruhan kawasan kediaman penghuni.

Memastikan ampaian-ampaian di asrama dalam keadaan yang memuaskan dan boleh digunakan oleh penghuni asrama untuk menjemur pakaian basah.


Warden Makanan dan Dewan Makan

Menubuh dan mempengerusikan AJK Makanan dan dewan makan peringkat asrama.

Menjalankan mesyuarat setiap bulan.

Bekerjasama dengan Penyelia Asrama untuk memastikan makanan tiba tiap-tiap hari pada masa yang telah dipersetujui oleh kontraktor makanan.

Memastikan makanan mentah yang dibekalkan oleh kontraktor makanan berkualiti dan cukup kuantitinya.

Bekerjasama dengan Penyelia Asrama tentang kebersihan bahagian dapur, sekeliling dewan makan, alat-alat yang digunakan untuk memasak dan proses semasa penyediaan makanan mentah untuk dimasak supaya tidak berlaku keracunan makanan pada peringkat penyediaan.

Menerima laporan daripada warden bertugas tentang makanan mentah yang ditolak (jika ada) dan mengambil tindakan segera untuk mengatasinya.

Memastikan makanan yang disajikan kepada pelajar bermutu tinggi dan berbincang dari semasa ke semasa tentang menu.

Menyedia borang laporan kualiti makanan untuk dinilai oleh warden yang bertugas.

Merancang dan memastikan peraturan keseragaman dan suasana teratur di dalam dewan makan semasa makan.

Merancang program Makan Beradab dan menguruskan Majlis Makan Beradab serta mengenalpasti pelajar yang akan berada di meja utama.

Berbincang dengan Pengetua mengenai VIP serta menguruskan jemputan VIP ke Majlis Makan Beradab.

Menyediakan Laporan AJK Makanan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Warden.


Warden Penempatan dan Pembangunan

Menubuh dan mempengerusi AJK Penempatan dan Pambangunan .

Mengadakan mesyuarat sebulan sekali.

Memastikan keselamatan pelajar di blok asrama terjamin dan segala kerosakan dan kelengkapan yang tidak sesuai dilaporkan kepada Penyelia Asrama dengan segara untuk tindakan.

Bekerjasama dengan Penyelia Asrama mambuat pemeriksaan kemudahan asrama seperti tandas, bilik air, katil, tilam, bantal, loker dan peralatan yang lain dalam keadaan sempurna supaya penghuni sentiasa dalam keadaan yang selesa dan selamat. Pemeriksaan menggunakan Borang Pemeriksaan Kemudahan Asrama.

Merancang Program Lawatan, Hari Terbuka Blok dan bekerjasama dengan Warden Kebersihan dan Keceriaan bagi menjayakan Program Keceriaan dan Kebersihan.



Warden Sukan dan Rekreasi

Menubuh dan mempengerusi AJK Sukan dan Rekreasi.

Mengadakan mesyuarat sebulan sekali.

Berbincang bersama AJK Sukan dan Rekreasi dan merancang kegiatan sukan dan rekreasi di peringkat asrama termasuklah mengadakan pertandingan dan majlis penyampaian hadiah.

Memastikan kelengkapan rekreasi mencukupi dan dalam keadaan selamat dan baik sebelum dan selepas digunakan.

Berbincang dengan Penyelia Asrama tentang pembelian dan mengemaskini kelengkapan dan kemudahan riadah penghuni asrama.

Bersama dengan Penyelia Asrama mengurus dan mengiringi penghuni ke pertandingan peringkat asrama atau program lawatan penghuni


Warden Akademik dan Kerohanian

Menubuh dan mempengerusi AJK Akademik dan Kerohanian peringkat asrama.

Menjalankan mesyuarat bulanan dan minit diserahkan kepada PK HEM untuk disahkan.

Bekerjasama dengan guru penasihat Badan Dakwah dan guru-guru agama untuk merangka dan menjalankan program kerohanian dalam satu tahun akademik

Merancang program sambutan hari-hari Kebesaran Islam dan menguruskan siri ceramah.

Mengatur rancangan kesedaran keagamaan supaya semua pelajar bersembahyang berjemaah di surau serta memastikan kelas-kelas fardhu ain berjalan dengan sempurna.

Melatih penghuni melafazkan azan, Iqamat, doa, membaca Al-Quran dengan menggunakan siaraya.


Warden Disiplin

Mempastikan semua pelajar mematuhi peraturan-peraturan dan disiplin dan memberitahu PK HEM atau Ketua Warden kes-kes pelanggaran disiplin untuk tindakan.

Menyiasat salahlaku-salahlaku yang dilaporkan oleh pengawas atau penghuni yang lain.

Mengambil tindakan perlu bagi membantu penghuni yang mempunyai masalah disiplin.

Menyelaras, menyemak dan mengagihkan surat-surat penghuni yang sampai di Pejabat Sekolah dengan kerjasama Jawatankuasa Disiplin

No comments:

Post a Comment